Sunday, 3 February 2019

Medan Jaya A Johan Sepak Takraw DUN Rhu Rendang

SHARE

Oleh: Aslam Wira

MARANG, 2 Februari - Satu Kejohanan Tertutup Sepak Takraw Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang melabuhkan tirainya semalam dengan  johan disandang oleh kumpulan Medan Jaya A.

Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula 31 Januari lalu, disertai 32 pasukan melibatkan cawangan di seluruh DUN itu.



Pengarah program, Ahmad Harizuddin Muhammad berkata, program selama tiga hari itu berlangsung lancar dan berjaya mencapai matlamat penganjuran.

Katanya, pertandingan itu mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada peserta sekali gus dapat mengetengahkan bakat pemain muda di daerah dan DUN itu khususnya.


“Saya juga mewakili pihak penganjur memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan sepanjang kejohanan berlangsung.

“Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada pemain, pengunjung serta urusetia yang terlibat bagi menjayakan kejohanan Sepak Takraw Tertutup ini,” katanya.

Pertandingan sukan pembukaan bagi 2019 itu adiadakan di Maecon Sport Centre Kelulut dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Rhu Rendang.

Perasmian penutup majlis disempurnakan oleh Ahli Majlis Daerah Marang, Yusof Abdul Hadi dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir itu, pemain sepak takraw kebangsaan, Faiz Roslan dan Penyelia i-MiTS DUN Rhu Rendang, Mohamad Embong.




SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: