Sunday, 24 February 2019

MB Terengganu Baca 11 Naskhah Buku

SHARE
Dr Ahmad Samsuri membelek sebuah naskah al-Quran di Perpustakaan Awam Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU, 24 Februari - Memteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyenaraikan 11 naskhah buku yang sedang dibaca sekali gus mengajak rakyat untuk turut sama membudayakan amalan itu.

Beliau berharap semua buku berkenaan habis dibaca sebelum Mei ini.

"Ada orang tanya saya, buku apa yang Dr Sam baca sekarang? Sebenarnya ada 11 buah buku yang saya sedang baca, ada yang hampir habis, ada yang baru 30 peratus dibaca dan berharap akan habis (baca) sebelum masuk bulan Mei nanti," tulisnya di status Facebook beliau hari ini.

Daripada kesemua buku berkenaan, menurut beliau sembilan buah buku berbahasa Inggeris manakala selebihnya dalam bahasa Malaysia yang sedang beliau baca.

Buku tersebut ialah Al-Ahkam al Sulthaniah, tulisan al-Mawardi, Sejarah Darul Iman (Misbaha), Strategies of Prophet Muhammad (Omar Khayyam Sheikh), Commanders of the Muslim Army (Mahmood Ahmad Ghadanfar), A Higher Loyalty (James Comey) Fear (Bob Woodward), Soldier Spy (Tom Marcus).

Dark Actors (Dr Robert Lewis), Prisoners of Geography (Tim Marshall), Who Thought This Was A Good Idea (Alyssa Mastromonaco) dan The Fourth Industrial Revolution (Klaus Schwab).

"Bukan nak kempen buku, cuma nak kempen baca buku. Jom!" kata beliau lagi.

SHARE

Penulis: verified_user


0 komen: