Thursday, 21 February 2019

MB Ajak Penggerak Pendidikan Negeri Jayakan PITAS 2030

SHARE
Haji Sharifuddin (11 dari kiri) bersama pegawai-pegawai tinggi jabatan itu mengadakan perjumpaan dengan Dr Ahmad Samsuri (12 dari kanan) di Wisma Darul Iman semalam.


KUALA TERENGGANU, 21 Februari - Kerajaan negeri menjadikan pendidikan antara bidang utama Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) bagi melahirkan insan berkualiti dan bermoral tinggi demi kesejahteraan negeri dan rakyat.

Justeru, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berharap supaya semua pihak bekerjasama bagi menjayakan Pelan Induk Terengganu tersebut.

Beliau menaruh harapan demikian ketika menulis di status Facebooknya semalam.

Foto hasil perjumpaan dengan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Haji Sharifuddin Haji Ali Hussin dan Pegawai Pengurusan Tertinggi Jabatan itu di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Iman, turut dimuat naik dalam laman berkenaan.
Cenderahati dari Dr Ahmad Samsuri (tengah) kepada Haji Sharifuddin (kanan).

Katanya, pendidikan merupakan antara satu bidang utama PITAS 2030 yang menjadi aspek terpenting sebagai usaha kerajaan negeri dalam melahirkan insan berkualiti dan bermoral tinggi demi kesejahteraan negeri serta rakyat.

"Kerjasama semua pihak penting bagi mencapai matlamat ini," jelasnya.

Dalam Teras Utama (Maju) PITAS 2030 dinyatakan bahawa pembangunan modal insan berteraskan kepada prinsip Islam yang menjadi tujuan utama kerajaan bagi melahirkan masyarakat berintelek dan berdaya saing.

Sementara dalam Bajet 2019 yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu akhir tahun lalu, Dr  Samsuri menyatakan bahawa sejumlah RM5 Juta diperuntukkan di bawah Skim Mus'aib bin Umair untuk menggalakkan rakyat mencintai al-Quran.

Katanya, kefahaman dan pengamalan terhadap ajaran al-Quran perlu diperkukuhkan demi melahirkan modal insan yang berkualiti.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: