Tuesday, 19 February 2019

Masyarakat Berbilang Kaum Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina

SHARE
Tarian singa menghiasi sambutan.

Oleh: Mohd Asraf

Kuala Dungun, 19 Februari - Lebih 800 penduduk berbilang kaum di sekitar kawasan Sura hadir bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan di perkampungan cina, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, sambutan tahun ini sangat meriah kerana disambut oleh pelbagai bangsa termasuk melayu dan india.

Jelasnya, kehadiran mereka pada sambutan tahun baharu cina itu juga menunjukkan isu perkauman yang dimainkan hanyalah sandiwara pihak tertentu.

“Di Dun Sura ini kita ada melayu, cina, india dan beberapa lagi kaum lain dan malam ini kita dapat tengok ramai yang hadir bersama sama memeriahkan majlis,” katanya.

“Islam mengajar kepada kita untuk sentiasa menjaga rakyat dibawah pentadbirannya termasuk bukan islam dan kita telah buktikan malam ini,” tegas beliau.
Kehadiran daripada pelbagai bangsa.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan di perkampungan cina, Kuala Dungun.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Wan Ramli, ADUN Rantau Abang, Alias Harun, Pegawai Hal Ehwal Bukan Islam Menteri Besar, Dr. Balachandran serta beberapa orang wakil NGO.

Sementara itu, pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Penaga, Luu Cee Ann berkata, sebagai salah seorang penganjur beliau amat berpuas hati dengan sambutan perayaan itu.
 
Keceriaan jelas terpancar.
“Sambutan tahun ini berbeza dengan tahun sebelum ini dimana dibuat di dewan sekolah sahaja tapi tahun ini dibuat diluar dan orang ramai boleh hadir tengok budaya orang cina menyambut tahun baharu.

“Saya tengok dibawah pemerintahan PAS majlis ini lebih besar dan lebih meriah dan kerjasama pun lebih mudah dan tidak banyak birokrasi”.

Majlis sambutan itu dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Kaum Tiong Hua Dungun dan MPKK Sungai Penaga.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: