Wednesday, 20 February 2019

Mahu Lahir Masyakarat Berilmu - Mohd Nor

SHARE


 

SETIU, 19 Februari- Puluhan program berasaskan Pembangunan Insan, Dakwah dan Dakwah akan dianjurkan sepanjang tahun ini bertujuan melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak dan berperibadi mulia.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, program itu termasuk Program Pemulihan Dadah dengan menjadikan Erya By Suria (dahulunya Merang Suria Resort), Merang atau Peladang Setiu Agro Resort (PSAR) di Setiu sebagai lokasi.

Katanya, kedua-dua lokasi itu dianggap bersesuaian kerana jauh daripada kesibukan bandaraya, berada di kawasan pendalaman dan banyak kemudahan yang disediakan.

“Bagaimanapun ia akan diputuskan kemudian selepas mesyuarat dengan pihak berkaitran termasuk Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA),”katanya.

Beliau berkata demikia kepada Urusetia Penerangan Darul  Iman selepas mengadakan tinjauan di Erya By Suria dan PSAR.

Hadir sama, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman dan Ketua penyelidik Pusat Penyelidikan Ketagihan  UniSZA (CentRenA), Profesor Dr. Nasir Mohamad

Dalam kenyataan sebelum ini memang kerajaan bercadang mewujudkan Pusat Pemulihan Dadah secara holistik berkonsepkan ‘perkampungan’ sebagai penyelesaian kepada masalah ketagihan dadah dalam masyarakat.

Pusat pemulihan itu bakal menggabungkan perubatan moden, psikologi, terapi kerohanian dan penempatan pekerjaan sebagaimana pendekatan yang dipraktikkan Universiti Islam Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Pusat Komuniti Saadah (PKS).



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: