KUALA TERENGGANU, 20 Februari - Kerajaan negeri menghargai usaha Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu yang menganjurkan 'Program Sesuap Kasih' sebagai platform membantu golongan asnaf fakir dan miskin.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Dakwah dan
Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ia adalah satu inisiatif yang sangat murni bagi mendekati golongan yang kurang berkemampuan. Malah ia sangat dianjurkan dalam Islam.
Beliau berkata, ia bersesuaian dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu semua pihak mengambil tanggungjawab dan peluang untuk membuat kebajikan bagi membantu rakyat.
Beliau berkata, ia bersesuaian dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu semua pihak mengambil tanggungjawab dan peluang untuk membuat kebajikan bagi membantu rakyat.
“Kami nak bawa satu konsep dalam sebuah masyarakat yang
berkat iaitu tanggungjawab untuk
membantu golongan yang lemah dan miskin bukan sahaja tanggungjawab kepada kerajaan.
“Tapi ia juga menjadi tanggungjawab sosial kepada orang yang senang dan berpendapatan tinggi serta
kaya (yang) sepatutnya mereka juga ambil saham untuk menunaikan
tanggungjawab sosial bagi memberi dan membantu
golongan yang susah,” jelasnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran Program Sesuap Kasih di parkir orang awam, di hadapan Kompleks Seri Iman Jalan Sultan Muhamad, di sini, hari ini.
Mohd Nor berkata, program tersebut akan menanam perasaan rasa sayang kepada golongan yang kurang berkemampuan dengan mengambil cakna kebajikan mereka.
“Kita nak tanam dalam
jiwa masyarakat kita (agar) ada rasa sayang kepada golongan miskin supaya jangan berfikir ini (ia) tanggungjawab
kerajaan (sahaja)..Jabatan Kebajikan Masyarakat... ini tanggungjawab Tabung Darul
Iman (tetapi ia juga adalah) tanggungjawab
masyarakat khususnya mereka (orang berkemampuan).
“Dan hari ini kita
berikan satu 'platform' untuk memudahkan mereka salurkan makanan dan bantuan serta duit ke Pejabat Agama atau mana-mana institusi yang
nak membuat program seumpama ini. Kita galakkan dan memudahkan (lagi) kerja
mereka,” ujarnya.
Justeru itu, beliau menegaskan, ia merupakan satu konsep yang penuh keberkatan, dilaksanakan dalam sebuah masyarakat dengan memberi sumbangan
kepada golongan yang lemah.
0 komen: