Thursday, 14 February 2019

Komited Ringankan Beban Rakyat

SHARE

Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 14 Februari - Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus terus komited membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat khususnya penduduk Kuala Nerus yang memerlukan bantuan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) lalu, ramai rakyat menzahirkan kerisauan dan mengeluh terhadap kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Kos hidup pada hari ini amat menekan rakyat khususnya rakyat berpendapatan rendah.

“Mereka wajar diberi perhatian oleh kerajaan dan mesti dibantu bagi meringankan beban yang mereka tangggung demi melahirkan masyarakat yang sejahtera,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan bantuan barang-barang keperluan seperti beras, tepung, dan sebagainya kepada penduduk Kampung Kesom Haji Hussin, DUN Buluh Gading, semalam.

Sekitar lima buah keluarga menerima bantuan tersebut dan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

Bantuan disampaikan melalui Saketariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus yang berperanan besar dalam menyalurkan bantuan-bantuan seperti ini.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: