Sunday, 10 February 2019

Khairuddin Dekati Penduduk Secara Santai Di Warung

SHARE

Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 10 Februari - Ahli Parlimen Kuala  Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengambil pendekatan santai bertemu penduduk di warung-warung bagi mendekati rakyat dan golongan sasaran untuk mengetahui dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Ketua Seketariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus, Abdul Hadi Harun berkata, pendekatan sebegitu lebih baik kerana dapat mengesan permasalahan ataupun isu yang dihadapi mereka.


“Sebagai contoh, kunjungan Dr Khairuddin ke Kampung Bukit Petiti dan Kampung Kesom Che Nordin pada sebelah pagi walaupun perlu menghadiri beberapa mesyuarat di Kuala Terengganu pada hari yang sama ternyata mengembirakan penduduk.

“Tujuan beliau adalah untuk meninjau dan menziarahi penduduk di kawasan berkenaan selain mendengar permasalahan yang dialami oleh mereka,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di sebuah warung di Kampung Kesom Che Nordin ketika kunjungan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu ke kampung berkenaan, baru-baru ini.


Katanya, Dr Khairuddin menggunakan kesempatan itu sepenuhnya untuk mendengar permasalahan yang dialami penduduk di samping beramah mesra dengan mereka.

“Banyak keluhan dan rungutan berkenaan kos sara hidup yang semakin menghimpit rakyat pada hari ini diluahkan oleh penduduk kampung kepada beliau,” ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: