Saturday, 16 February 2019

Kekurangan Bukan Penghalang Hadir Ijtimak Siber

SHARE

Thoyibuddin Marjuni, 31 Hadir berkerusi roda.

KEMAMAN, 16 Februari- Walaupun berkerusi roda, ia tidak menghalang Thoyibuddin Marjuni, 31, untuk hadir ke Ijtimak Siber yang berlangsung di Dewan Berlian, Kemaman.

Beliau tidak menjadikan kekurangan diri sebagai halangan untuk hadir menimba dan meneroka ilmu baru di Ijtimak Siber.

Jelasnya, walaupun datang dari jauh beliau tetap bersemangat untuk berkumpul bersama rakan-rakan pengamal media yang lain.

"Saya datang dari Hulu Langat, Selangor bersama kawan saya untuk berkumpul dengan rakan-rakan media yang lain.

"Mendengar info dan berbincang maklumat serta idea yang baru bersama pengamal media yang lain dari seluruh Malaysia," katanya.

Beliau hadir ke Ijtimak Siber bersama rakannya, Azhar Shahril Azhar, 24 sejak semalam.

Beliau juga berkata, kehadirannya ke Ijtimak Siber juga adalah untuk meningkatkan lagi semangatnya untuk terus bekerja di media sosial.

"Di Ijtimak siber saya juga boleh mendengar ucapan dan taujihat daripada pimpinan untuk terus semangat bekerja," tambahnya.

Program Ijtimak Siber yang julung-julung kalinya diadakan itu bakal menampilkan panel-panel yang hebat seperti Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Supyan Hussin.

Program yang akan berlangsung selama satu hari itu turut menampilkan Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang yang akan berucap pada perasmian penutup petang ini.

Ijtimak Siber mengumpulkan semua pengiat-pengiat media sosial daripada seluruh Malaysia.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: