Sunday, 24 February 2019

Hindari Denggi Dengan Gotong Royong

SHARE

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 24 Februari - Konsep gotong royong membersih kawasan kampung perlu diteruskan supaya penduduk terhindar dari pelbagai penyakit berbahaya termasuk demam denggi.

Kampung yang tidak terurus dengan banyaknya tempat pembiakan nyamuk, longkang tersumbat dan banyak tempat tangkungan air tidak dikawal, menyebabkan berleluasanya wabak denggi pembawaan nyamuk Aedes.

Serentak itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh menasihatkan orang ramai agar menjadikan gotong-royong sebagai aktiviti penting bagi tujuan tersebut.


"Saya berharap anggota masyarakat memainkan peranan penting dalam menjaga kebersihan kawasan kampung bagi mengelakkan tersebarnya wabak penyakit seperti denggi", ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Program Gotong Royong Perdana anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Alor Teratai, di kampung berkenaan di sini kelmarin.

Katanya, aktiviti gotong-royong perlu dijadikan sebagai aktivi utama di setiap kampung di dalam DUN Kuala Besut.


"Hal ini kerana gotong-royong bukan sahaja dapat membersihkan kawasan kampung kita, tetapi kita juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita," jelasnya.

Turut serta dalam aktiviti itu, Pejabat Kesihatan Daerah Besut, Pejabat Daerah Besut dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
SHARE

Penulis: verified_user


0 komen: