Sunday, 17 February 2019

Forum Terengganu Sejahtera DUN Chukai Dapat Sambutan Hangat

SHARE
ADUN Chukai, Hanafiah Mat


Oleh: Abdul Hafiz Ghazali

KEMAMAN, 17 Februari - Program Pimpinan Cakna Rakyat kawasan Chukai melalui Forum Terengganu Sejahtera mendapat sambutan yang hangat apabila diserbu pengunjung dari pasar tani dan pasar pagi di Padang Astaka baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat berkata, program itu merupakan kali yang kedua diadakan, selepas program kali pertama yang menampilkan penceramah bebas, ustaz Azhar Idrus.

Jelasnya, Padang Astaka itu akan dijadikan sebagai dataran ilmu yang menghimpunkan semua masyarakat kampung itu.

"Saya mahu jadikan tempat ini sebagai dataran Ilmu.

"Kerana hari Jumaat hari ilmu dan hari Sabtu hari keluarga, seperti mana Menteri Besar Terengganu, Dr Samsuri Mokhtar, isytiharkan sebelum ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Forum Terengganu Sejahtera di Padang Astaka, Kemaman.

Turut hadir, penasihat agama Menteri Besar Terengganu, Nik Muhammad Nasri Nik Malek,  Johan Ismail, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Hazri Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Darul Iman Terengganu Centre (DITC), Mohd Suhaimi Embong, serta Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) DUN Chukai, Dr Megat Suhaimi Megat Idrus.

Forum itu menampilkan penceramah selebriti, Syed Norhisyam Tuan Padang dan Kamaruzzaman Abdullah sebagai panel yang dikendalikan oleh Nakhaie Nafiah.

Program itu mendapatkan sambutan yang hangat apabila dianggarkan disertai oleh pelbagai latar masyarakat di kawasan itu.

Program itu turut diserikan dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak yang terdiri 3 kategori iaitu, kategori 'A' 4 tahun hingga 6 tahun, manakala kategori 'B' 7 tahun hingga 9 tahun dan kategori 'C' 10 hingga 12 tahun yang dianjurkan oleh Ameerah Care DUN Chukai.

Seramai 300 orang fakir miskin turut diraikan dalam program itu, khususnya penduduk di kawasan DUN Chukai.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: