Sunday, 24 February 2019

Dr Mohd Khairuddin Luang Masa Lawat Pesakit

SHARE




Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 24 Februari – Dalam kesibukan menjalankan tugas hakiki sebagai Ahli Parlimen, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sempat meluangkan masa menziarahi penduduk dan pesakit kronik di Kampung Jeram dan Tanjung Sabtu, di sini baru-baru ini.

Dalam kunjungan anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus itu, beliau sempat singgah menjeguk dan bertanya khabar lapan pesakit yang kebanyakannya menghidap penyakit angin ahmar, diabetis dan buah pinggang kronik.

Sedikit sumbangan dan barang keperluan dihulurkan bagi meringankan beban keluarga pesakit.


Seorang pesakit dari Tangjung Sabtu, Manir,  Wahab bin Salleh berkata dia menghidap penyakit kencing manis dan masalah buah pinggang yang serius sejak tiga tahun yang lepas.

“Kini masih mendapat rawatan susulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, selain rawatan hemodialisis di Pusat Dialisis Kampung Losong, Kuala Terengganu, katanya ketika menerima kunjungan Dato Dr Mohd Khairuddin Dalam Program Ziarah Mahabbah YB Kuala Nerus, baru-baru ini.  

Turut hadir dalam program itu, Timbalan Seketariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus, Ustaz Hafeez Sahidi bersama-sama dengan Pegawai-pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Dun Buluh Gading.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: