Monday, 18 February 2019

Berakhirnya Penantian 33 Tahun

SHARE
Peserta bergambar bersama geran milik mereka dan kepimpinan negeri Terengganu.

Oleh : Alfian Mamad

KEMAMAN, 18 Februari - Penantian sembilan peserta Felcra Seri Bandi selama 33 tahun untuk mendapatkan hak milik tanah berakhir setelah geran tanah milik mereka diserahkan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, semalam.

Penyerahan tersebut berlangsung dalam Majlis Penyerahan Hakmilik Geran Tanah di Dewan Sri Amar, Chukai itu menyaksikan seramai 80 peserta projek Felcra menerima hak mereka kembali.

Seorang peserta Felcra Seri Bandi, A Jasmi Ibrahim, 55, merakamkan rasa terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam usaha mengembalikan semula haknya bersama rakan yang lain terutama Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Hazri Jusoh.

"Saya menjadi peserta Felcra di Seri Bandi sejak 1986 lagi, tetapi baru sekarang di bawah kerajaan baru ini saya dapat melihat dan memiliki geran tanah ini," katanya.

Antara hak milik geran tanah yang diserahkan adalah Projek Felcra Bukit Keladi di Mukim Hulu Jabor dan Projek Felda Seberang Tayor 3 di Mukim Tebak.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: