Thursday, 14 February 2019

Aplikasi e-Suka Tingkat Kualiti Perkhidmatan Awam

SHARE


KUALA TERENGGANU, 13 Februari – Kerajaan negeri dengan kerjasama Top IT (Industries Sdn Bhd)  membangunkan aplikasi e-Suka adalah untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan bagi meningkatkan kualiti dan kecekapan dalam sektor perkhidmatan awam negeri.

Pengerusi Lembaga Pengarah Top IT Industries Sdn Bhd, Ustaz Zakaria Dagang berkata, aplikasi itu antara yang dibangunkan syarikat berkenaan, sebagai organisasi yang mantap, penggerak teknologi maklumat dan komunikasi terkini serta berkepakaran dan berpengalaman dalam mengurus projek pembangunan perisian, pemasangan dan komponen komputer.

“Terdapat tujuh projek yang dijalankan oleh Top IT antaranya penyediaan dan penyelesaian sistem iaitu i-Kelas (budaya persekolahan berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berfikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini), Aplikasi e-Jadual (memudahkan setiap Exco berkongsi maklumat aktiviti masing-masing) dan membangunkan laman web berdasarkan sistem dan juga multimedia.

“Keduanya ialah Digital Media dan kandungan iaitu pembangunan aplikasi berasaskan teknologi ‘Augmented Reality / Virtual Reality’, Pembangunan aplikasi ‘Augmented Reality’ untuk buku teks dan peta negeri, Pembangunan Aplikasi Hologram dan menyediakan perkhidmatan video korporat dan kandungan iklan,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Kuala Nerus berkata demikian ketika dihubungi semalam.
Zakaria memberitahu, projek lain termasuklah teknologi baharu iaitu menyediakan perkhidmatan reka bentuk dan sistem pengurusan kandungan kiosk, memasarkan produk inovasi baharu menggunakan produk e-Tahfiz berasaskan gelombang alfa dan theta bagi meningkatkan mutu hafazan, Penjana HHO atau electrolyser (bahan bakar air) yang merupakan satu alternatif penjimatan bahan bakar (BBM) dan menyediakan perkhidmatan Teknologi Hijau yang berkualiti tinggi, bersepadu, kos efektif, menjimatkan serta mesra alam.

Manakala, keempat ialah penyediaan latihan iaitu Latihan ICT melalui Pusat Bestari.Com di seluruh  Terengganu. Manakala perkhidmatan dan penyelenggaraan pula menyediakan perkhidmatan pembaikian peralatan ICT (motherboard komputer riba / netbook / ultrabook, printer, handphone, tablet, desktop PC dan komputer riba).

“Selain itu juga, Top IT turut membangunan kemudahan dan perkhidmatan iaitu pengurusan dan penyelenggaraan menara telekomunikasi,” ujarnya.

Sementara itu, e-Dagang ialah Payang.my adalah merupakan satu program berbentuk keusahawanan yang dibangun secara atas talian untuk membantu usahawan Bumiputera amnya di Terengganu bagi mempromosi dan menjual produk mereka.

Untuk rekod, Top IT Industries Sdn Bhd telah diperbadankan di Malaysia pada 29 Julai 1993 menerusi nama Solsis-YPK (Terengganu) Sdn Bhd sebelum ditukar kepada Top IT Industries Sdn Bhd pada Mei 1998.






SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: