Saturday, 16 February 2019

Abdul Hadi Jumpa PM Buat Kali Kedua

SHARE


Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberitahu ada mengadakan kunjungan hormat terhadap pimpinan negara Dr Mahathir Mohamad di pejabat perdana menteri itu di Yayasan Al-Bukhari, Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya,  pertemuan itu bagi membincangkan perihal kerjasama antara Kerajaan Terengganu dan Kerajaan Pusat.

"Alhamdullilah pemimpin nombor satu negara itu boleh menerima apa yang dicadangkan.

"Melihat keadaan ini,  saya menyarankan rakyat perlu mengamalkan sikap terbuka dan konsep hormat menghormati. Terima juga apa yang dipilih rakyat," katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Choong Hwa, Wakaf Tapai, Marang, petang ni.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman yang mewakili Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokthar.

Kunjungan kali kedua itu berlangsung ekoran permohonan daripada Abdul Hadi.

Pertemuan pertama berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Ketika itu Abdul Hadi  bersama-sama Ahmad Samsuri Mokhtar dan veteran PAS, Mustafa Ali.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: