Tuesday, 22 January 2019

YDP Dan DO Marang Terima Kunjungan Hormat ADUN

SHARE

Oleh: Aslam Wira

MARANG, 22 Januari - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  dan dua wakil ADUN dalam Parlimen Marang mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Marang dan Pegawai Daerah/ Pentadbir Tanah Marang yang baharu dilantik.

Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim sebelum ini memegang jawatan Pengurus Kanan (Korporat) Unit Transformasi Ekonomi Terenggani dan Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak (sebelum ini Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu) menggalas jawatan baharu berkuatkuasa pada 16 Januari lalu.

ADUN yang hadir dalam kunjungan kira-kira sejam itu, ADUN Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah yang juga  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri dan ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.

Manakala wakil ADUN Rhu Rendang, Pegawai Khas kepada Menteri Besar, Sabri Zakaria serta wakil ADUN Alur Limbat, Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Wan Ahmad Zuki Wan Ismail


Mohd Nor berkata, kunjungan itu sebagai tanda mengalu-alukan pelantikan dan khidmat dua pegawai penting dalam Parlimen Marang.

“Untuk pertamanya kami yakin dengan lantikan ini, kesepakatan dan kerjasama akan terbina dalam usaha untuk sama-sama membangunkan Daerah Marang,” katanya selepas pertemuan itu.

Sementara itu, Mohd Huzairil berkata, beliau terharu kerana dapat berjumpa dengan pemimpin  masyarakat dan mengucapkan terima kasih atas kunjungan yang penuh bermakna itu.

“Berdasarkan penelitian dengan lantikan ini, amanah yang diberikan akan digalas seperti yang dipertanggungjawabkan kerajaan hari ini.

“Kita tidak mahu dilabel menyebelahi mana-mana parti, sebaiknya kita abaikan cakap-cakap orang dan persepsi yang tidak elok,” tegasnya.

Dalam tumpuan sama, Tun Ahmad Faisal berkata, dia akan meletakkan satu 'standard' untuk bekerja sepertimana tanggungjawab yang diberi oleh kerajaan negeri.

“Kita juga perlu tukar 'mindset' untuk pembangunan rakyat Daerah Marang mengikut suasana yang tidak melibatkan simbolik sesuatu parti di mana kita juga sekarang berada di dalam era budaya politik matang.

“Ini juga akan memudahkan gerak kerja kita apabila tiada konflik yang berlaku,” jelasnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: