Sunday, 27 January 2019

Walau Tidak Mampu Buat Semua, Kita Tidak Tinggal Semua - Dr. Azman

SHARE



Oleh : Hidayah Azlin

SETIU, 27 Januari - Kaedah penyampaian maklumat yang pertama dan sahih secara terus kepada rakyat akar umbi menjadi amalan kepimpinan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi bagi memastikan  dapat dimanfaatkan dengan cepat dan tepat oleh golongan sasar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, 'first hand information' (sumber maklumat pertama) amat ditekankan agar rakyat mendapat penerangan lebih jelas tanpa orang tengah terutama yang berkaitan dengan urusan dan kepentingan rakyat di kampung.


"Kita utamakan turun padang bagi mendengar sendiri permasalahan yang timbul dan cuba mencari penyelesaian. Walaupun kita tidak mampu buat semua, kita tidak tinggal semua.

"Bila rakyat pilih kita jadi kerajaan maknanya rakyat memberi kepercayaan dan amanah untuk kita laksanakan dan buatlah semampu baik. Alhamdulillah, 12 dari 20 janji manifesto Terengganu pada PRU lalu telah berjaya ditunaikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berdialog di Program Sepetang Bersama YB ADUN Jabi di Dewan Serbaguna di Kampung Kuala Kubang, di sini, kelmarin.

Dr Azman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri berkata, banyak peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri bagi membantu rakyat dalam pelbagai aspek terutama berkaitan bidang portfolio beliau sendiri.

Tambahnya, antara bantuan itu seperti Skim Bantuan Modal Tani yang memperuntukkan sebanyak RM5Juta pinjaman tanpa faedah manakala Dana Asas Tani sebanyak RM400,000 dan mensasarkan Satu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Satu Industri bagi perusahaan bengkel," katanya.

"Inilah matlamat sebenar kerajaan menyediakan insentif kerana memahami ada rakyat yang bersungguh-sungguh tetapi berdepan masalah ketiadaan modal. Kita bantu buang benteng penghalang kejayaan itu.

"Kini kerajaan sudah menyediakan umpan dan kail, ikan rakyat kene kail sendiri," tegas beliau lagi.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: