Wednesday, 9 January 2019

Ustaz Satiful Bahri Melawat Besut

SHARE
Ustaz Satiful Bahri (tengah) bersalaman dengan pelajar SRIDI di Sekolah Menengah Agama Maarif  Besut semalam.
BESUT, 9 Januari - Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat mengadakan lawatan khas bagi meninjau perkembangan tiga institusi kerajaan termasuk Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI), Madrasah Moden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di sini semalam.

Lawatan sehari suntuk itu disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Maliaman Kassim, beberapa pegawai dan kakitangan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) dan MAIDAM.
Ustaz Satiful Bahri (tengah) melawat sebuah bilik penghuni PUSPEN Besut semalam.
Kerajaan negeri mengenal pasti beberapa permasalahan kemudahan infrastruktur dan pentadbiran di madrasah moden dan akan mengatasi segera permasalahan tersebut tidak lama lagi.

Turut dikenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh pengurusan PUSPEN dan dijangka pusat itu akan dibaik pulih bagi memastikan penghuninya mendapat kemudahan infrastruktur yang lebih selesa termasuk kemudahan di masjid dalam pusat berkenaan.

Ustaz Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka turut diberi taklimat mengenai perkembangan semua institusi berkenaan dan dinyatakan permasalahan yang dihadapi di semua institusi tersebut.
Ustaz Satiful Bahri (tengah) berinteraksi dengan pelajar Madrasah Moden Besut semalam.
Beliau turut melawat SRIDI di bangunan Sekolah menengah Agama Maarif di sini dan berinteraksi dengan pelajar di sekolah berkenaan.

Katanya, Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) pertama bakal dibuka di Hulu Terengganu mulai tahun depan.

Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada para pendidik Madrasah Moden MAIDAM dalam sesi lawatan tersebut semalam.
Haji Mohd Nurkhuzaini (kiri) memperkatakan sesuatu kepada Ustaz Satiful Bahri (kanan) dalam lawatan khas di Sekolah Menengah Agama Maarif Besut semalam. 
"Kerajaan akan beransur-ansur membuka sekolah berkenaan di lapan kawasan parlimen di seluruh negeri Terengganu bermula di Hulu Terengganu," jelasnya.
SHARE

Penulis: verified_user


0 komen: