Thursday, 17 January 2019

TV Darul Iman Anjur Pertandingan 'Contest: Like, Share & Win'

SHARE

KUALA TERENGGANU, 17 Januari - TV Darul Iman melancarkan pertandingan 'Contest: Like, Share & Win' bermula kelmarin sehingga 27 Januari ini, satu pertandingan julung-julung kali diadakan di bawah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).

Ia bertujuan untuk menyegerakan penyampaian maklumat Kerajaan Terengganu kepada orang awam melalui pertandingan tersebut.

Urusetia pertandingan berkenaan, Wan Noor Hidayah Wan Isma'on berkata, sesiapa yang mendapat 'like and share' tertinggi bakal mendapat tiga hadiah istimewa.

Bagi pemenang pertama,  akan mendapat hadiah penginapan satu malam di Paya Bunga Hotel.

Pemenang kedua pula akan dihadiahkan sehelai baju jersi terbaru Terengganu FC Musim 2019 manakala  pemenang ketiga mendapat  baucer RM50 daripada Chicken Cottage.

"Pertandingan ini tidak terhad, semua boleh menyertainya kecuali kakitangan UPDI," jelasnya ketika bercakap kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, sebagai syarat pertandingan, orang ramai perlu menyebarkan video Rangkuman Tujuh Bulan Pentadbiran Kerajaan Baharu Negeri Terengganu Darul Iman yang disiarkan di page facebook TV Darul Iman di link https://www.facebook.com/TvDI3/videos/2297795947133504/.

Di samping itu mereka yang terbabit perlu membuat 'like and follow page' media kerajaan negeri itu di link https://www.facebook.com/TvDI3/ serta membuat 'hashtag' #ContestTVDarulIman.

"Terima kasih kerana terus menyokong TV Darul Iman, selamat mencuba semua, semoga berjaya," kata Wan Noor Hidayah.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: