Tuesday, 1 January 2019

Terengganu Sedia Platform Terbaik Untuk Usahawan

SHARE

Oleh: Afiq M. Zaid

SETIU, 1 Januari - Kerajaan negeri mewujudkan platform terbaik untuk usahawan melalui Urusetia Pembangunan Usahawan Terengganu (PEUTER).

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dana dan tabung usahawan melalui Bajet 2019 Negeri Terengganu.

Katanya, Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang menghimpunkan semua agensi-agensi yang terlibat dengan portfolio usahawan dibawah satu bumbung.

"Istimewanya negeri Terengganu ni kita dudukkan sekali mereka (agensi), dimana YPU menjadi sekretariat ataupun setiausaha yang ahli-ahlinya adalah agensi kerajaan pusat yang lain,” ujarnya ketika berucap ketika sesi Forum Usahawan Belia Jabi di Dewan Sivik, Jabi, kelmarin.


Menurut Mohd Norkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, pihak PEUTER akan mengadakan mesyuarat setiap bulan bagi merealisasikan misi kerajaan negeri untuk membantu usahawan.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: