Tuesday, 1 January 2019

Terengganu Sasar 5 Juta Pelancong Tahun Ini

SHARE
Ariffin (dua dari kiri)  menyambut ketibaan penumpang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus pagi tadi.
KUALA NERUS,  1 Januari - Kerajaan negeri meletakkan sasaran kehadiran pelancong ke Terengganu seramai lima juta orang tahun ini walaupun ia satu cabaran besar untuk mencapainya.   

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri,  Ustaz Ariffin Deraman berkata,  mulai bulan ini kerajaan negeri menggerakkan promosi pelancongan  dengan perancangan sebaik mungkin kerana walaupun sasaran tinggi tetapi ia menasabah untuk dicapai.   

"Kalau semua 'player' industri pelancongan termasuk pihak berkuasa tempatan memberikan sokongan dan memainkan peranan masing-masing bersama Duta Pelancongan Terengganu,  Mat Dan, sasaran tersebut tidak mustahil boleh dicapai, " katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini hari ini.

Ariffin (kanan) memasang iklan 'Beautiful Terengganu Malaysia' di sebuah teksi Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus,  pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat berkata,  cabaran kemerosotan kedatangan pelancong berlaku akibat kekurangan kunjungan pelancong asing terutama dari negeri China.  

Punca lain termasuk kemerosotan ekonomi dunia menyebabkan berlaku sedikit kekurangan kedatangan pelancong ke negeri Terengganu.   

Katanya, kerajaan negeri meletakkan sasaran sebanyak 80 peratus kedatangan pelancong dari negara Malaysia sendiri manakala 20 peratus lagi dari pelancong asing.   

Kerajaan negeri sedang merangka strategi khusus untuk menarik pelancong luar ke Malaysia.   

Bagaimanapun strategi berkenaan masih dalam perbincang dan beliau tidak berhasrat untuk mendedahkannya kepada umum.   

Menurut beliau kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak kira-kira RM40 juta bagi memajukan industri pelancongan negeri Terengganu tahun ini.    

Terdahuu dari itu beliau bersama Timbalannya Ustaz Sulaiman Sulong meraikan ketibaan penumpang kapal terbang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini dalam program meraikan pelancong ke negeri Terengganu sempena Sambutan Tahun Baru 2019 hari ini.   

Ia sebagi simbolik bermulanya Kempen Jom Singgah Beautiful Terengganu 2019 berkonsepkan mesra pelancong.   

Bermula hari pertama hari ini promosi pelancong akan diadakan sepanjang tahun dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan di setiap daerah.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: