Saturday, 19 January 2019

Terengganu Beri Peluang Bukan Melayu Islam Berkhidmat Dalam MPKK

SHARE
Dr Azman Ibrahim.
KUALA TERENGGANU, 19 Januari - Kerajaan Terengganu memberi peluang dan ruang kepada bukan Melayu dan Islam untuk bersama terlibat dalam memimpin dan berganding bahu membangunkan negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, tiada kaum yang terpinggir atau diketepikan dalam ruang itu.

"Di peringkat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), daripada keseluruhan 1,044 MPKK seluruh negeri, 18 daripadanya dipimpin oleh saudara kita dari kaum Cina.

"DUN (Dewan Undangan Negeri) Bandar mendahului dengan seramai 14 MPKK dipimpin kaum Cina, diikuti DUN Sura (2), sementara DUN Chukai dan DUN Tepoh masing-masing seorang MPKK yang menampilkan kaum Cina sebagai Pengerusi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya semalam, mengulas tentang keterlibatan kaum lain dalam perkhidmatan MPKK.

"Negeri ini milik dan tanggungjawab kita bersama. Mari bersama kita pelihara dan laksanakan amanah kepimpinan ini sebaiknya.

"Dengan Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS, semua kaum dijamin hak dan keadilan," tegasnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: