Friday, 11 January 2019

Terap Patuh Syariah Tanpa Abai Kualiti

SHARE

Oleh: Mohd Irsyadi Abu Bakar

KUALA TERENGGANU, 11 Januari - Penerapan pematuhan syariah dalam pelbagai industri tanpa mengabaikan kualiti perlu diteruskan Kerajaan Terengganu.

Naib Pengerusi Reformsports, Musab Macit Harun berkata, beliau mendapati Kerajaan Terengganu berjaya melaksanakan perkara tersebut di peringkat negeri.

"Kami melawat hospital, hotel dan beberapa tempat dan mendapati perkhidmatan yang disediakan berkualiti tinggi.


"Kami melihat Kerajaan Terengganu berjaya dalam mengawal perkhidmatan di peringkat negeri dan berharap kejayaan ini dapat diteruskan," katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika melawat Hospital Kuala Terengganu Specialist (KTS), kelmarin.

Beliau yang hadir bersama Ketua Pegawai Kewangan Reformsports, Mehmet Ersin Erdogan turut melakukan kunjungan ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) untuk melihat keadaan dan potensi stadium tersebut.


Dalam kunjungan itu, Musab mewakili Reformsports, sebuah syarikat pakar dalam pembinaan fasiliti padang dan stadium berpusat di Turki menyatakan kesediaannya untuk membantu proses baik pulih SSMZA.

"Kita bersedia membantu memulihkan stadium ini sekiranya diperlukan," katanya.

Delegasi dari Turki itu turut mengadakan kunjungan hormat bertemu Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di pejabatnya dan melawat Paya Bunga Hotel di Kuala Terengganu.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: