Wednesday, 30 January 2019

Status RTB Rantau Abang, Peserta Diminta Bersabar

SHARE
Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani
Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 30 Januari- Peserta-peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang diminta supaya bersabar kerana pihak kerajaan negeri berusaha keras menyelesaikan tentang isu pemilikannya.

Timbalan Pengarah Majlis Tindakan DUN, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, berkata proses penyelesaian  yang melibatkan lebih 700 peserta-peserta RTB ini akan mengambil masa lebih-lebih lagi ianya  melibatkan pelbagai peringkat.

"Ada yang  dalam proses mengenal pasti tuan-tuan tanah yang lama, ada yang kita masih 'check' nama-nama yang lama tentang status mereka.

"Kalau yang mati, kita tukar kepada anak dia. Kalau tiada surat bukti, kena cari pembukti yang mengesahkan bahawa dia pernah dapat daripada Pejabat Daerah... sebab dia ada senarai pernah mohon,” katanya  ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), baru-baru ini

Beliau yang juga Pegawai Penyelidik Pejabat Menteri Besar berkata hal ini telah memakan masa bertahun-tahun malah melibatkan pindaan yang menyebabkan berlaku sedikit masalah untuk membuat pembetulan.

"Sebab ada yang sudah lama, buat pindaan, jadi nak perbetulkan semula, tidak mudah.

“InsyaAllah, sebahagian besar akan dapat diselesaikan  di dalam setahun dua nanti,”katanya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: