Wednesday, 23 January 2019

Soalan Media Adil, `Tidak Brutal' - MB

SHARE

KUALA TERENGGANU, 23 Januari - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memuji liputan yang adil dan tepat dibuat oleh pengamal media arus perdana di negeri ini sepanjang pentadbiran kerajaan negeri yang baharu sejak lapan bulan lalu.

"Secara umumnya secara peribadi, saya berpuas hati dengan laporan yang dibuat oleh rakan media arus perdana di Terengganu, hari ini. Saya rasa adil dengan gambaran yang diberi dalam tulisan dan liputan sesuai dengan tugas dan peranan masing-masing.

"Soalan yang ditanya sepanjang pentadbiran kerajaan baharu ini pada saya sangat fair dan `tidak brutal' berbanding sesetengah media di Kuala Lumpur dan media antarabangsa (ketika berkhidmat di Kuala Lumpur). Pada saya mereka (media antarabangsa) mempunyai agenda berbeza,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media sejurus menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa Kelab Media Wartawan Terengganu (Kawat) kepada Menteri Besar, di Pejabat Menteri Besar, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. 

Turut hadir,Setiausaha Politik Menteri Besar, Haji Muhyiddin Abdul Rashid dan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Adram Musa.



Dr. Samsuri berkata, hubungan dan kerjasama baik antara pihak kerajaan dengan media dalam menyampaikan perkara benar dan tepat itu diharap akan berterusan sampai bila-bila bagi mencapai hasrat untuk memastikan` Terengganu, Maju, Berkat dan Sejahtera' direalisasikan. 

"Pada saya rakan media di Terengganu adil dan sangat objektif. Kita tidak harap supaya dipuji, bagaimanapun ia berdasarkan tafsiran masing-masing tetapi kita menyambut baik dengan liputan yang terbuka, bebas dan tepat,"katanya.

Dalam masa yang sama, beliau juga memahami asam garam dunia media sosial apabila ada kenyataan di media sosial (pembangkang) yang bertindak mengeluarkan berita tidak tepat dan tidak berasas mengenai kepimpinan negeri kerana mereka sudah ditugaskan sedemikian.






SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: