Sunday, 13 January 2019

Sikap Masyarakat Punca Kes Denggi

SHARE

Oleh: Safwan Syakir

KUALA NERUS, 13 Januari -Sikap tidak endah segelintir masyarakat dengan kebersihan kawasan kediaman serta persekitaran perumahan dilihat antara faktor penyumbang pembiakan aedes sehingga merebaknya penyakit demam denggi.

Timbalan Pengarah Kesihatan Awam Negeri, Dr Kasmani Embong berkata, sikap pemilik kediaman yang tidak mengambil berat tentang bekas terbuka mengakibatkan berlakunya takungan air semasa musim hujan dan secara tidak langsung menjadi sarang pembiakan aedes.


"Masyarakat kita perlu berubah dari segi sikap dengan menjadikan persekitaran kediaman masing-masing selamat daripada pembiakan aedes sama ada di dalam atau di luar rumah," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Program Gotong-Royong Basmi Aedes anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Perkarangan Masjid Duyong Kecil,semalam.

Turut hadir, Ahli Majlis MBKT, Harun Salleh.

Katanya, sebanyak 24 kes denggi dicatatkan sehingga 5 Januari 2019 dengan peningkatan 2400 peratus (23 kes) berbanding dalam tempoh yang sama untuk tahun 2017 tanpa kematian direkodkan.

Sehubungan itu katanya, orang ramai juga diingatkan segera ke klinik atau hospital berdekatan jika terdapat anggota keluarga yang demam bagi mendapatkan rawatan segera.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: