Monday, 7 January 2019

Selamat Datang Tun M Ke Terengganu

SHARE

KUALA TERENGGANU, 7 Januari - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali ke Terengganu hari ini.

"Mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat (YAB) Tun Dr Mahathir Mohamad ke Terengganu Darul Iman.

"Diharapkan lawatan rasmi ini dapat mengeratkan hubungan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan demi kepentingan rakyat negeri Terengganu," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya semalam.

Menurut jadual, pada jam 8.50 pagi ini Dr Samsuri bersama isteri, Tuan Faizah Ab Rahman  menyambut ketibaan Perdana Menteri bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah  di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus.

Pada jam 9.15 pagi, Menteri Besar serta isteri mengiringi Tun Dr Mahathir dan isteri bagi mengadakan perjumpaan dengan para pendidik Negeri Terengganu di sebuah hotel di Kuala Nerus.

Sementara itu, pada jam 2.30 petang Dr SAM dan Tuan Faizah menyambut ketibaan Perdana Menteri dan isteri di Dewan Utama Majlis Daerah Marang, Marang bagi menyertai Majlis Ramah Mesra Bersama Para Penternak dan Nelayan Terengganu di tempat yang sama.

Majlis itu berlangsung pada jam 3.00 petang.

Kemudian pada jam 4.30 petang pula, mereka dijangka mengiringi Perdana Menteri dan isteri ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus mengakhiri lawatan itu.


SHARE

Penulis: verified_user


0 komen: