Tuesday, 1 January 2019

Projek Bermanfaat Kerajaan Terdahulu Perlu Diteruskan - Nuridah Salleh

SHARE

Oleh: Hailmey Mansor

KUALA NERUS, 31 Disember - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diseru agar meneruskan segala projek-projek yang di tinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

Ahli Dewan Negara, Nuridah Salleh berkata, walaupun kerajaan telah bertukar tampuk pemerintahan, pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan lama harus diteruskan.

“Terdapat projek-projek telah dijanjikan oleh kerajaan dulu dan bajetnya telah diluluskan.

"Jadi, kita harap kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan kini perlu teruskan," katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat kawasan hakisan pantai di Kampung Baru, Seberang Takir, semalam.

Berhubung projek jalan sepanjang pantai yang menghubungkan Kuala Terengganu City Centre(KTCC) dari Seberang Takir, Nuridah memaklumkan telah membawa isu tersebut dalam persidangan Dewan Negara untuk mendapatkan pengesahan status projek itu.

“Kita telah bawa isu ini dalam persidangan bahas belanjawan baru-baru ini, cuma setakat ini tidak ada jawapan konkrit daripada pihak kerajaan," katanya.

Beliau berharap projek-projek itu dapat diteruskan kerana kerajaan negeri tidak dapat sewenang-wenangnya mencampuri urusan kerajaan Persekutuan.

Turut hadir menyertai lawatan ini ialah Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: