Monday, 7 January 2019

PM Berlepas Pulang

SHARE
Tun Dr Mahathir (kiri)  dan Dr Ahmad Samsuri mengaminkan doa di Lapangan Terbang Sultan Mahmud,  Kuala Nerus,  petang tadi.





KUALA NERUS,  7 Januari - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berlepas pulang ke Putrajaya dengan menaiki Pesawat Khas M48-02 dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini jam 5. 25 petang tadi diiringi isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.  

Turut mengiringi beliu ke lapangan terbang itu,  Menteri Besar,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Abd Rahman dan beberapa pegawai tinggi kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. 

Perdana Menteri sehari suntuk mengadakan lawatan yang pertama ke Terengganu selepas Pilihanraya Umum ke-14 ( PRU14). 

Cenderahati dihadiahkan Dr Ahmad Samsuri kepada Tun Dr Mahathir.
Beliau mengadakan perjumpaan dengan warga pendidik Terengganu di sebuah hotel di sini pagi tadi.  

Kemudian Tun Dr Mahathir dan isteri mengadakan pertemuan dengan warga penternak dan nelayan di Marang.  

Kedua-dua majlis berkenaan turut diiringi oleh Menteri Besar dan isteri.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: