Tuesday, 29 January 2019

Perkasakan Integriti Ketika Menjalankan Tugas

SHARE

Oleh: Afiq M.Zaid

BESUT, 27 Januari - Amanah dan integriti dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab menjadi satu kewajipan bagi setiap rakyat Malaysia. bahkan ia merupakan satu budaya kerja yang baik.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, sokongan padu daripada rakyat dalam memperkasakan integriti menjadi satu keutamaan.

"Saya merasakan kehangatan bahang terhadap integriti itu sendiri, kita memerlukan satu 'support' yang kuat untuk kita sama-sama menjaga keadaan ini, (integriti) supaya kita tidak terjerumus ke lembah yang tidak diingini.

“Kita boleh berkata tidak semasa ujian itu tidak bersama dengan kita, tetapi apabila ujian datang bersama dengan kita, ketika itulah kita akan rasa ringan ke berat untuk menunaikan tanggungjawab ataupun untuk menzahirkan apa yang kita sebut," ujarnya

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Kesyukuran dan Selamat Datang di Dewan Merdeka, Kota Putera Square, (27 Januari).
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Kemajuan Kampung, YB Dr. Azman bin Ibrahim.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata, semoga kakitangan pegawai yang baru memperkasakan amalan integriti dan amanah dalam menjalankan tugas di sini.

 "Amanah dan tanggungjawab seperti inilah yang sedang kita laksanakan, sedang kita perkasakan dan sudah semestinya perkara sedemikan (integriti) juga turut akan kita tempuhi.

“Jadi saya mengharapkan dengan kedatangan pegawai-pegawai baru yang bertugas di posisi baru ini akan memperteguhkan lagi amalan integriti dalam menjalankan tugas kerana mereka-mereka yang inginkan seseuatu daripada kita ini sanggup berbuat apa sahaja," ujarnya

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: