HULU TERENGGANU, 28 Januari- Persatuan Penyelidikan Cendawan
Malaysia (PCCM) Zon Timur berharap kerajaan negeri membuka Pusat Latihan Cendawan Terengganu (PLCT) bertujuan
melahirkan lebih ramai pengusaha cendawan profesional.
Pengerusi persatuan
itu, Hasmi Hassan, berkata pada masa sama mampu menjalankan Penyelidikan Teknologi dan Pembangunan
(R&D) dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan dan universiti.

“Industri huluan
memberi fokus berkaitan bagaimana menghasilkan dan memproses bahan utama untuk
tanaman cendawan.
“Sebelum ini
kebanyakan pengusaha cendawan hanya bergantung harap kepada habuk kayu getah. Dengan R & D yang dijalankan, mereka boleh
menggunakan jerami padi sebagai ganti. Langkah itu dilihat lebih murah dan
menguntungkan,”katanya.
Beliau berkata
demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas Majlis Perasmian
Mesyuarat Agung Persatuan Pengusaha Kulat Terengganu di Kompleks Ajil, di sini,
hari ini.
Majlis itu
dirasmikan Pengerusi
Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim
Hasmi turut
memberitahu, dengan adanya PLCT, pihaknya boleh menekankan industri hiliran
secara serius bagi membolehkan pelbagai produk berasaskan cendawan dipasarkan
ke serata negeri.
“Antara produk
terbaru yang dihasilkan pengusaha, cendawan celup tepung sejuk beku, murtabak,
sos, bebola, burger dan perencah masakan.
“PLCT dianggap penting
kerana mampu melahirkan pengusaha cendawan yang lebih komited, berilmu dan berdaya
saing yang mampu memperoleh pendapatan RM1,000 sehingga RM5,000 sebulan,”katanya
0 komen: