Wednesday, 16 January 2019

MPKK Perlu Sensitif Isu Masyarakat Di Akar Umbi

SHARE
Ustaz Mat Daik  menziarahi salah seorang penduduk di Kampung Alor Belanga
Oleh: Norekwan Mamat

HULU BESUT, 16 Januari - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diminta lebih sensitif mengenai masalah masyarakat di peringkat akar umbi.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN)Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad berkata, mereka juga perlu sentiasa bersikap proaktif supaya kerajaan dapat bertindak lebih awal dalam menyelesaikan isu-isu rakyat.

"MPKK harus menunjukkan semangat  yang tinggi agar masyarakat di bawahnya sentiasa memberi sokongan dan kerjasama yang baik dalam pembangunan di kampung.

"Dengan ini masyarakat dapat menyuarakan masalah mereka dengan lebih cepat dan terus kepada MPKK," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas program ziarah pesakit kronik di Kampung Alor Belanga, di sini hari ini.


Tambahnya lagi, MPKK diwujudkan untuk membantu kerajaan melaksanakan tugas pentadbiran sebagai mata dan telinga termasuk menyalurkan idea mengenai pembangunan di kawasan masing-masing.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: