Saturday, 26 January 2019

MPKK Jentera Utama Sebar Keindahan Islam

SHARE
MPKK merupakan penghubung dan penyampai matlamat kerajaan negeri.
Oleh: Muhd Afiq Zohir

BESUT, 26 Januari - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) merupakan jentera utama kerajaan negeri dalam menyalurkan khidmat dan matlamat Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera kepada rakyat.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, selaras dengan kehendak kerajaan melaksanakan pemerintahan berlandaskan syariah, MPKK menjadi model untuk mempraktikkan kecantikan Islam dalam masyarakat.

"Jimat jangan sampai kedekut, berbelanja jangan sampai membazir dalam menguruskan masyarakat.

"Falsafah daripada ilmuan islam tanah air, Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ini perlu dihayati dan digunakan untuk mengurus sesuatu kawasan agar Islam dapat disebarkan secara berhikmah," katanya ketika berucap merasmikan Kursus Pengurusan Mesyuarat MPKK Dun Jerteh, baru-baru ini.
Wan Azhar seru MPKK contohi kepimpinan Saidina Umar al-Khattab.
Beliau juga menasihatkan para pentadbir dalam masyarakat supaya mencontohi kepimpinan Saidina Umar al-Khattab dalam menyelami dan menyelesaikan masalah rakyat.

Kursus yang diadakan di Kem Damai Beach Resort itu melibatkan 136 peserta terdiri daripada pengerusi, timbalan, setiausaha dan bendahari daripada 34 MPKK di DUN tersebut.

Kursus pengurusan berkenaan dianjurkan Pejabat Daerah Besut untuk memberi penerangan tentang kepentingan pengurusan sesebuah kampung dan aplikasi serta tadbir urus masyarakat.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: