Sunday, 20 January 2019

i-MiTS Dungun Mahu 2019 Lebih Baik

SHARE

Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 20 Januari - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Parlimen Dungun mengharapkan 2019 lebih baik berbanding 2018.

Ketua Penyelia i-MiTS Kawasan Dungun, Jamaluddin Jusoh berkata, 2018 merupakan permulaan baharu dalam merangka segala program dari i-MiTS negeri di samping program yang direncakan sendiri di peringkat Parlimen Dungun.

Beliau turut menyatakan bahawa i-MiTS adalah tulang belakang Kerajaan Negeri Terengganu.

"Semua yang menjadi perancangan kerajaan, kita menjadi pemudah cara," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa berkunjung ke Pejabat i-MiTS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, hari ini.

Katanya, dalam memastikan keberkesanan i-MiTS, adanya hubungan kerjasama antara agensi termasuklah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

"Yang melibatkan imam bilal, melibatkan penguatkuasa syariah dan sebagainya," ucapnya.

Menyentuh mengenai aktiviti i-MiTS di peringkat Parlimen Dungun, beliau menyatakan i-MiTS telah mengarahkan agar peringkat DUN menganjurkan satu karnival.

"Jadi alhamdulillah, macam di Bukit Besi ini, i-MiTS negeri akan turun (untuk) mini karnival Bukit Besi (yang diputuskan) daripada i-MiTS Negeri Terengganu.

Yang di DUN-DUN lain di Sura, Rantau Abang, Paka yang ini akan diadakan aktiviti secara 'ad-hoc'," katanya.

Sehubungan itu beliau menyatakan adanya aktiviti wajib yang telah diputuskan di peringkat negeri yang telah dijadualkan, akan turut membantu setiap aktiviti Ahli Parlimen Dungun.

"Sebagai contoh dalam bulan April akan ada program karnival sempena Israk Mikraj, Karnival 60 tahun PAS Kawasan (DUNGUN) dan sebagainya.

"i-MiTS parlimen akan (bertindak) menjadi  tulang belakang kepada penganjuran tersebut," ulasnya.

Beliau berharap agar i-MiTS Kawasan Dungun akan mengikut segala perancangan 'takwin' yang melibatkan semua segmen masyarakat, belia, beliawanis dan pelbagai segmen lagi akan berupaya memacu kejayaan ke arah merealisasikan hasrat kerajaan Negeri Terengganu ke arah maju, berkat, dan sejahtera.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: