Friday, 25 January 2019

MB Terengganu Sempurnakan Pelepasan RTES Endurance Ride January

SHARE

SETIU, 25 Januari - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyempurnakan Majlis Pelepasan (Flag Off) Championship Endurance National (CEN) 40 Kilometer (KM) sempena Kejohanan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) Endurance Ride January 2019 di Lembah Bidong, hari ini.

Kejohanan yang berlangsung di Terengganu International Endurance Park (TIEP) itu menampilkan dua kategori perlumbaan iaitu CEN 40KM dan CEN 80KM.

Seramai 40 peserta bersaing dalam kedua-dua kategori terdiri daripada penunggang Malaysia dan Korea.
TIEP buka tirai kejohanan bagi tahun 2019. 
Perlumbaan itu berlangsung selama dua hari dan menjadi pembuka tirai perlumbaan di TIEP bagi kalendar acara tahun 2019.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Wan Sukairi Wan Abdullah, Exco-exco Kerajaan Negeri serta pegawai kanan negeri.

Perlumbaan itu akan berakhir awal pagi esok.
Kejohanan turut menarik penyertaan beberapa peserta luar negara.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: