Monday, 21 January 2019

MB Puji Exco Kawal Lalu Lintas

SHARE



KUALA TERENGGANU, 21 Januari - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memuji tindakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpadusn Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat kerana tindakannya mengawal lalulintas ketika kebakaran sebuah kereta di Bukit Kuang Kemaman semalam.

"Terbaik Exco Kerajaan Negeri, YB Haji Hanafiah Mat yang membantu mengawal lalulintas apabila terdapat kenderaan terbakar di Bukit Kuang hari ini. Kemah boh!," tulis Dr Ahmad Samsuri di status facebooknya 13 jam lalu.

Haji Hanafiah berbuat demikian untuk mempastikan agar laluan jalan raya di situ tidak terhalang akibat insiden berkenaan.

Rata-rata netizen memuji sikap yang ditunjukkan oleh Haji Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai itu.

Bagaimanapun tiada maklumat diterima mengenai siapa pemilik dan apa jenis kereta yang terbakar itu serta waktu kejadian.

Untuk melihat video Haji Hanafiah menjadi pengawal trafik secara spontan boleh dilihat di link https://www.facebook.com/DrAhmadSamsuri/videos/532534267233292/




SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: