Monday, 21 January 2019

MB Lancar Kempen Terengganu Bebas Asap Rokok

SHARE





KUALA TERENGGANU, 21 Januari - Kerajaan negeri mengajak seluruh rakyat Terengganu bersama menyertai Kempen 'Terengganu Bebas Asap Rokok' (TBAR) agar menjadikan negeri itu bebas dari asap rokok ke arah masyarakat bertamadun tanpa bahan terlarang itu.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kempen TBAR bertujuan meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup rakyat Terengganu dengan melindungi masyarakat daripada kesan perokok pasif.

"Ayuh sokong Kempen Terengganu Bebas Asap Rokok. Bersama kita berusaha menuju masyarakat bertamadun tanpa rokok. Katakan tidak pada rokok!" tulis Dr Ahmad Samsuri di status facebook beliau semalam.

Beliau turut memuat naik poster kempen berkenaan termasuk mengandungi maklumat, 7,000 bahan kimia merosakkan kesihatan dalam asap rokok.

Dalam poster tersebut turut menjelaskan larangan merokok dan hukuman berat kepada kesalahan merokok di tempat awam termasuk orang ramai tidak dibenarkan menghisap rokok atau menghisap vape di kawasan larangan.

Jika gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan pesalah dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kenyataan Dr Ahmad Samsuri dan paparan poster itu boleh dilihat secara dalam talian melalui link https://www.facebook.com/DrAhmadSamsuri/photos/a.230530197504569/377527696138151/?type=3&theater
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: