Sunday, 20 January 2019

MB Lancar Infografik Bajet Terengganu 2019

SHARE
Intro Infografik Bajet Terengganu 2019 yang dilancarkan Dr Ahmad Samsuri di blog beliau hari ini..


KUALA TERENGGANU, 20 Januari - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini melancarkan Slide Infografik Bajet Kerajaan Negeri Terengganu 2019 berjumlah RM2.015 Bilion, di blog beliau di link https://drsamsuri.com/infografik-bajet-2019/

Slide infografik itu antara lain mengandungi fakta ringkas mengenai empat teras Bajet tersebut yang bertemakan 'Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera'.

Teras itu ialah Keberkatan, Kemajuan, Kebajikan dan Kecekapan. Sementara Strategi Bajet itu pula terdiri dari lapan asas utama termasuk mengukuhkan perinsip Islam, mewujudkan polisi patuh syariah, membangunkan kualiti modal insan dan merancang pertumbuhan ekonomi.



Infografik teras Bajet Terengganu 2019 di blog MB yang baru dimuat naik.
Ia termasuk juga mengukuhkan institusi keluarga dan masyarakat, merealisasikan Terengganu sebagai negeri berkebajikan, meningkatkan kecekapan sistem pencapaian dan menerapkan nilai integriti dan ketelusan.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: