Tuesday, 22 January 2019

Masalah Banjir Kampung Cerung Binjai Bakal Berakhir

SHARE


 Oleh:Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU, 22 Januari-Kejadian banjir yang sering menghantui dan membimbangkan penduduk Kampung Cerung Binjai, dekat Chendering sejak sekian lama bakal berakhir tidak lama lagi.

Penduduk di kawasan berkenaan kini  menarik nafas lega berita apabila masalah tersebut di dalam perhatian Pejabat Daerah Kuala Terengganu (PDKT).

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Aur, Che Ku Marzuki Che Ku Dalam berkata masalah banjir mengakibatkan beberapa orang keluarga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan yang berhampiran setiap kali tiba musim hujan.

“Alhamdulillah dan pihak kami berterima kasih kepada pihak PDKT dan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk yang mendengar permasalahan yang diutarakan.

“Sebanyak 12 unit ‘bolong air’ (paip besar) telah dihantar oleh PDKT bagi dua tempat yang berbeza di kawasan tersebut bagi menyelesaikan masalah banjir di kampung tersebut,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI)selepas  melihat proses pembaikan longkang dengan meletakkan “bolong air” disini, hari ini.


 Katanya, ‘bolong air’ ini dapat mengurangkan permasalahan longkang yang dihadapi oleh kampung tersebut yang sebelum ini tidak dapat menampung air yang deras pada musim tengkujuh.

`Saya penuh yakin apabila projek itu siap nanti ia dapat mengurangkan masalah  banjir  setiap kali hujan turun  terutama pada musim tengkujuh.’’ ujarnya

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: