Friday, 4 January 2019

Lagi Pertemuan Dr SAM -Tun M Di Putrajaya

SHARE

"Terima kasih atas kesempatan bertemu dan berbincang selama 45 minit dengan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir bin  Mohamad pagi tadi di Putrajaya, " tulis Dr SAM di status Facebooknya semalam.

Perbezaan parti pemerintah tidak menjadi penghalang kedua-dua pemimpin ini (Gambar)  untuk berbincang mengenai masalah rakyat dan keperluan negeri Terengganu. 

Royalti Petroleum dan Gas Terengganu adalah hak rakyat dan negeri itu yang mesti ditunaikan segera tanpa sebarang alasan untuk menghalangnya. 

Rakyat Terengganu dan pemimpinnya percaya semangat federalisme dan amalannya masih diteruskan dengan baik oleh Kerajaan Persekutuan tanpa memilih bulu berdasarkan kepada hak-hak negeri dalam Perjanjian Petroleum dan Gas 1974 yang ditandatangani oleh semua menteri besar termasuk dari negeri Terengganu. 

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dipercayai tetap dengan janjinya untuk melunaskan hak negeri Terengganu itu.

Semoga pertemuan ini membuahkan hasil yang lebih positif.
Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Dr SAM) sebagai ketua pentadbiran negeri sudah pasti akan terus berusaha supaya hak itu ditunaikan oleh kerajaan pusat.

Dalam semua urusan negeri dan negara,  kepimpinan yang sedia ada perlu sedar bahawa penyelesaian secara profesional amat didambakan rakyat supaya penyakit kepimpinan lama termasuk,  tidak telus,  bersikap hipokrit dan menindas negeri-negeri yang berkepentingan harus ditinggalkan. 

Rakyat sudah pandai menggunakan hak mereka dalam pilihan raya untuk menukar kerajaan apabila sikap sedemikian terus diamalkan oleh kepimpinan kerajaan. 

Justeru perbincangan dua hala antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Terengganu mesti membuahkan hasil positif bagi merealisasikan semangat federalisme itu. 
SHARE

Penulis: verified_user


0 komen: