Thursday, 24 January 2019

Klinik Kesihatan Baharu Bakal Dibina Di Pulau Perhentian

SHARE

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 24 Januari- Sebuah Klinik Kesihatan baharu bakal dibina di Kampung Pulau Perhentian bagi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan penduduk pulau itu.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, kos pembinaan klinik yang dianggarkan bernilai RM20 juta itu bakal menempatkan kemudahan untuk melahirkan anak, kesihatan gigi dan juga makmal bagi memudahkan urusan orang awam mendapatkan rawatan.


"Projek ini sangat memberi manfaat kepada penduduk Pulau Perhentian kerana mereka tidak perlu lagi untuk pergi ke klinik di darat jika berlaku masalah kesihatan kepada mereka.

"Saya berharap pembinaan klinik ini berjalan lancar demi kepentingan masyarakat di sini,” ujarnya ketika mengadakan lawatan ke tapat klinik berkenaan di kampung Pulau Perhentian, semalam.

Turut hadir, Pegawai Daerah Besut, Rozali Salleh dan Pengarah Kesihatan Daerah Besut, Dr Razan Ab Samat.

Katanya, lawatan itu dibuat bagi meneliti dan medapatkan pandangan daripada penduduk kampung berhubung tapak pembinaan klinik berkenaan.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: