Monday, 21 January 2019

Kejohanan Bola Padang ADUN Air Putih Pupuk Silaturahim

SHARE
Pasukan BSNS meraikan kemenangan muncul juara kejohanan Bola Padang Piala YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Tertutup Cheneh
Oleh : Aminji

KEMAMAN, 20 Disember - Kejohanan Bola Padang Piala YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Tertutup Cheneh yang disertai 18 pasukan berjaya menanam semangat silaturahim di kalangan pemuda di sekitar Kampung Cheneh.

ADUN Air Putih, Ab.Razak Ibrahim berkata, kejohanan itu bukan sahaja dapat memupuk semangat kesukanan yang tinggi di kalangan peserta malah mengeratkan lagi silaturahim di kalangan pemuda setempat.

"Aktiviti sukan seperti ini bertujuan untuk menyihatkan badan dan dalam masa yang sama dengan bersukan juga kita boleh mengeratkan silaturahim antara sesama kita.

“Saya menyeru kepada pemuda-pemuda agar dapat memanfaatkan kemudahan sukan yang ada di dalam kampung ini bagi mengisi masa lapang ke arah aktiviti yang berfaedah,"katanya.

NNYAKNYE FC meraih naib johan

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Kejohanan Bola Padang 8 sebelah Tertutup Cheneh anjuran Pemuda PAS Cheneh, di Padang Bola Sepak Astaka Cheneh, di sini, kelmarin (Sabtu).

Kumpulan BSNS FC  muncul johan dalam kejohanan itu, manakala naib johan pula dimenangi oleh NYAKNYE FC dan tempat ketiga serta keempat pula masing-masing, BLOO BROTHERS FC dan  KSRD FC.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: