Sunday, 13 January 2019

Kebajikan Warga Emas Perlu Diambil Cakna

SHARE

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 13 Januari - Kebajikan warga emas perlu diambil cakna oleh semua pihak bagi memastikan nasib golongan itu tidak terabai.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu memainkan peranan penting bagi memastikan kebajikan warga emas tidak terabai.

"Terdapat banyak bantuan kerajaan yang boleh dipohon oleh warga emas yang layak seperti bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) serta bantuan Tabung Darul Iman (TDI) bagi yang mempunyai penyakit kronik.

"Borang-borang permohonan boleh didapati dengan pihak MPKK kampung masing-masing," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Mahabbah Bersama Penghuni Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dianjurkan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut di Balai Raya Kampung Teluk Bayu, di sini, semalam.

Turut hadir, Penolong Penyelia i-MiTS DUN Kuala Besut, Napisah Ismail dan Pengerusi MPKK Kampung Teluk Bayu, Haji Rosli Yaakob.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: