Friday, 25 January 2019

Jersi Terengganu FC Dilancarkan Esok

SHARE

KUALA TERENGGANU, 25 Januari - Pelancaran dan jualan jersi Terengganu FC (TFC) akan berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak sempena Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain TFC malam esok.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata, pasukan TFC mendapat suntikan baharu menjelang aksi Liga Malaysia (Liga-M) musim ini apabila mendapat tajaan daripada Football Republic milik penuh Al-Ikhsan Sports sehingga 2020.

"Al-Ikhsan Sports merupakan penaja pakaian buat TFC (TFC I-IV). Jersi TFC 2019 menggunakan jenama Al-Ikhsan.


"Kejayaan bisnes Al-Ikhsan diharap menjadi dorongan anak muda Terengganu untuk mencontohi kesungguhan pemiliknya.

"Diharap model ini akan diambil secara positif dalam cabaran berbisnes di zaman penuh cabaran ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Pembukaan Football Republic Cawangan Kuala Terengganu di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu hari ini.

Kedai konsep premium bola sepak pertama di Malaysia itu akan terus melebarkan pasaran mereka di seluruh negeri di Malaysia selepas membuka cawangan kelimanya di Kuala Terengganu.

Dalam tumpuan sama, katanya, saingan liga 2019 amat mencabar. Pasukan lain tidak kurang hebatnya.


"Insya-Allah TFC diharap menjadi pasukan pencabar yang mantap," ujarnya.

Hadir sama dalam majlis itu, pemain-pemain TFC, Kipre Tchetche, Igor Zonjic dan Lee Tuck serta penjaga gol Muhamad Ilham Amirullah Razali serta Ahmad Shamim Yahya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: