Sunday, 6 January 2019

Jawatan Exco Tidak Halang ADUN Paka Sampaikan Kuliah

SHARE


Oleh: Amiirullah Mansor

DUNGUN 4 Januari - "Sesibuk mana pun dalam menjalankan tugas sebagai Exco, saya akan ambil masa untuk menyampaikan kuliah agama sekitar kawasan Paka bagi memastikan warga penduduk sekitar mendapat pengisian ilmu agama bagi menjamin kualiti hidup masyarakat," itu kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat .

Jelasnya, dengan kuliah agama yang dijalankan ini, penduduk Paka dapat meningkatkan budaya cintakan ilmu di samping beliau berpeluang beramah mesra denganmasyarakat setempat.

"Setiap hari Jumaat, penduduk di sini akan mengambil peluang mendengar Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh saya sendiri.

“Di samping itu, mereka juga  boleh membeli di Pasar Mukmin One Stop Center yang  bermula pada jam 9 pagi,” ujarnya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) selepas kuliah di Masjid Pinang Merah, baru-baru ini.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Paka berkata program sebegini sekaligus telah menyahut seruan  Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar untuk menjadikan Jumaat hari ilmu dan hari Sabtu sebagai hari keluarga.



Menurutnya lagi, antara barang - barang yang dijual di Pasar Mukmin One Stop Center  ialah makanan sunnah, keperluan masakan harian, pakaian, minyak wangi dan barangan runcit.

"Orang ramai juga boleh membeli barang - barang keperluan sambil mendengar kuliah yang disampaikan bagi memeriahkan lagi suasana dan ini merupakan salah satu kemudahan yang tersedia untuk mereka untuk pengurusan rumahtangga, " katanya.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: