Sunday, 27 January 2019

Futsal Penyatu Hubungan Tanpa Mengira Usia

SHARE


Oleh: Hailmey Mansor

KUALA NERUS, 27 Januari- Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Permint Perdana, Zamri Endut menyifatkan futsal merupakan salah satu cara menyatukan hubungan tanpa mengira usia.

Katanya, futsal antara sukan yang mampu mengeratkan silaturahim masyarakat dan menjadikan penduduk semakin mesra sesama mereka.

“Tujuan kita membuat program ini adalah untuk kita jalinkan hubungan mesra sesama penduduk dan mengeratkan lagi hubungan sesama sendiri.

“Kita buat dua kategori yang melibatkan kanak-kanak dan dewasa dan ini menjadi kejayaan buat kita apabila ibu-bapa masing-masing turun melihat anak-anak mereka beraksi dan saling kenal mengenali antara mereka,” ujarnya kepada pemberita selepas Program Kejohanan Futsal Tertutup MPKK Taman Permint Perdana, kelmarin.


Katanya, kejohanan futsal tertutup tersebut melibatkan penyertaan 16 pasukan dewasa dan 6 pasukan kanak-kanak yang berlangsung selama dua hari bermula Khamis di Padang Futsal Komuniti Taman Permint Perdana Kampung Batin.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab menyempurnakna majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan itu.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: