Saturday, 12 January 2019

Futsal Business Challenge Himpun Usahawan Kuala Terengganu

SHARE
Narin FC juara edisi pertama FBC.
KUALA NERUS, 12 Januari - Futsal Business Challenge (FBC) 2019 Piala Exco Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri yang dianjurkan di ASC Sports Gong Badak hari ini berjaya menghimpunkan usahawan-usahawan sekitar Kuala Terengganu.

Pengurus Bahagian Pembangunan Perniagaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Engku Mohd Hairulnizam Tuan Ahmad berkata, aktiviti tersebut membawa pendekatan baharu untuk usahawan negeri itu.

"Untuk pergi lebih jauh, seorang usahawan bukan hanya perlu ada modal tetapi kena kenal usahawan lain dan belajar antara satu sama lain.

"Kita tengok selain berniaga, mereka ini sebenarnya perlu ada jaringan hubungan antara usahawan.

"Justeru, antara cara untuk kenal dan merapatkan hubungan mereka adalah dengan sukan.

"Di bawah Exco kita sekarang iaitu Yang Berhormat Mohd Khuzaini Ab Rahman, kita berjaya laksanakan aktiviti ini dan kita harap ia bukan yang terakhir.

"Dapat dilihat hari ini suasana sangat meriah dan memberangsangkan.

"Ini sebagai permulaan dan kita bercadang melaksanakannya di setiap daerah," katanya ketika ditemui pemberita dalam program tersebut.

Sebanyak 28 pasukan terdiri daripada syarikat-syarikat bertanding selain mengukuhkan kesefahaman dalam pasukan dan syarikat masing-masing melalui aktiviti santai itu.

FBC 2019 dimenangi oleh Narin FC daripada NFK Prima Farm yang membawa pulang piala pusingan, medal dan hadiah berupa barangan tajaan syarikat-syarikat terlibat.












SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: