Thursday, 3 January 2019

Edar 500 Kalendar 2019 Erat Ukhwah

SHARE

Oleh : Amiirullah Mansor

DUNGUN , 2 Januari - Kakitangan Institut Modal Insan Sejahtera Terengganu (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka turun padang mengagihkan lebih 500 kalendar 2019 secara percuma kepada masyarakat sekitar. .

Penyelia i-MiTS DUN Paka, Mohd Kamal Shah, berkata agihan kalendar yang memaparkan aktiviti dan program Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat dibuat bersama beberapa petugas i-MiTS sambil bertanya khabar kepada peniaga dan pelanggan sekitar.

Katanya, antara premis perkedaian dan agensi yang dikunjungi seperti restoran, kedai runcit, kedai alat telekomunikasi, Klinik Kesihatan Paka, syarikat insurans, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan bengkel kereta.

"Alhamdulillah, kita dapat menunjukkan imej yang baik kepada masyarakat umum, terutama bangsa lain di kawasan Paka ini selepas mentadbir negeri, " kata beliau ketika ditemui media Urusetia Penerangan Darul Iman, di Bandar Paka di sini, semalam.


Mohd Kamal juga sempat beramah mesra dengan kebanyakan peniaga termasuk pengusaha kedai elektronik yang berbangsa Cina semasa mengedarkan kalendar itu.


Beliau turut berharap masyarakat sekitar DUN itu sentiasa hidup dalam keadaan aman dan sejahtera serta mampu menjalani kehidupan dengan baik muafakat sesama komuniti.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: