Wednesday, 2 January 2019

DUN Air Putih Hidup Dengan Pengisian Agama

SHARE
Ab Razak Ibrahim.
Oleh: Aminji


KEMAMAN, 2 JANUARI - Terengganu dipacu oleh kerajaan baru ke arah perubahan menyeluruh termasuk menjadikan sambutan ambang tahun baru 2019 berteraskan keagamaan tidak lagi seperti sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim berkata, daerah tersebut sebagaimana daerah-daerah lain, tidak lagi digegarkan dengan pesta lumba haram di jalan-jalan raya dan bunyi bising remaja berarak dengan menunggang motosikal dan basikal sebagaimana pernah berlaku sebelum ini.

Ketika ditemui pemberita beliau berkata, antara program pengisian sempena majlis berkenaan di Kemaman ialah Forum Perdana yang diadakan di Masjid Jamek Binjai, di sini kelmarin.


Menurut beliau forum tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap sambutan tahun baru masihi 2019 dengan acuan Islam.

Katanya, forum itu dianjurkan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Air Putih dengan kerjasama Masjid Jamek Binjai, Kemaman bertujuan menyebarkan kefahaman agama Islam kepada masyarakat di kawasan berkenaan.


Dua orang ahli panel termasuk, Aktivis NGO Muslim Care Malaysia, Ustaz Dr Riduan Md Nor dan Pegawai Penyelidik Menteri Besar Terengganu, Ustaz Azman Syafawi diundang khas untuk mengisi forum berkenaan.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: