Wednesday, 23 January 2019

Dua Kumpulan Veteran Tentera Kunjungi MB

SHARE




MB (tengah) bersama AJK PVATM di pejabat beliau semalam.
KUALA TERENGGANU, 23 Januari - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Ahmad menerima beberapa kunjungan hormat termasuk dari Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Negeri Terengganu dan Kelab Bekas Komando Terengganu (EDCDOT) di pejabatnya di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.

Kepimpinan EDCDOT mengunjungi pejabat menteri besar pada sebelah pagi sebelum disusuli PVATM beberapa jam kemudian.

Serentak itu, Dr Samsuri mengucapkan terima kasih untuk jasa dan sumbangan mereka dalam mempertahankan tanah air dari anasir yang tidak diingini.

MB (kiri) mendengar pendapat dan  luahan rasa seorang  veteran tentera dari PVATM di pejabatnya semalam.
"Selepas menerima beberapa kunjungan hormat pada sebelah pagi tadi, petang ini saya menerima kunjungan hormat daripada Pegawai dan ahli jawatankuasa PVATM Negeri Terengganu pula.

"Terima kasih untuk jasa dan sumbangan mereka yang tidak dapat dinafikan lagi dalam menjaga dan mempertahankan tanah air," jelas Dr Ahmad Samsuri di status facebook beliau semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang turut berterima kasih kepada EDCDOT atas kunjungan itu sambil berkata jasa dan pengorbanan para pahlawan negara dalam mempertahankan ibu pertiwi tidak terbalas dengan nilai harta benda.

"Terima kasih kepada Ahli Jawatankusa EDCDOT yang berkunjung ke pejabat saya tengah hari tadi. Jasa dan pengorbanan para pahlawan negara dalam mempertahankan ibu pertiwi ini tidak terbalas dengan nilaian harta.

MB (kanan) menerima kunjungan dari anggota EDCDOT di pejabatnya semalam.

"Renungi sejarah dan hargailah nikmat keamanan yang dikecapi. Jadilah pewaris yang mengekalkan keharmonian kerana ia adalah tanggungjawab kita bersama. Sayangi negara kita!" tulis Dr Ahmad Samsuri.

dalam kunjungan itu, seramai 20 orang ahli jawatankuasa kedua-dua kumpulan veteran tentera berkenaan beramah mesra dengan pemimpin utama negeri selepas lapan bulan Kerajaan Terengganu bertukar tampuk pemerintahan dari Barisan Nasional (BN) kepada PAS.

Kerajaan Terengganu di bawah Dr. Samsuri sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan dan nasihat serta bersedia menerima sebarang kunjungan daripada mana-mana pihak untuk kepentingan rakyat serta negeri tersebut.
SHARE

Penulis: verified_user


0 komen: